LAWATAN KERJA YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM KE PARLIMEN SEKIJANG, SEGAMAT DAN PARIT SULONG

31 08 2009

Tarikh : 6 SEPTEMBER 2009 ( AHAD )

5.30 – 6.30  petang – Perasmian pejabat keadilan cabang sekijang dan dialog bersama rakyat.

( Tempat – Taman Indah, Bukit Siput, Segamat ).

7.15 – 8.00 malam – berbuka puasa dan solat maghrib.

( Tempat – rumah ketua cabang keadilan segamat ).

8.30 – 9.30 malam- Solat Isyak dan Tarawih.

( Tempat  – Masjid Kampung Jawa, Segamat ).

7.30 – 11.00 malam – Jamuan dan Ceramah.

( Tempat – Dewan Siang Hai Kee Restaurant ).

Penceramah :-

1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

2. YBhg. Datuk Seri Chua Jui Meng.

3. YB V. Sivakumar ( Speaker Perak ).

4. YBhg. Datuk SS Subramaniam.


10.00 – 11.00 malam  – ceramah perdana.

( Tempat – Markas Pas, Parit Sulong ).

Penceramah :-

1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

2. YBhg. Datuk Seri Chua Jui Meng.

3. YBhg. Hasmi Hashim.

4. YBhg. Cikgu Faisal Abd Rahman.

KETERANGAN LANJUT HUBUNGI – 016.770.5488 (MAN)





Poster & Banner Kempen Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau

3 04 2009

Anda dialu-alukan memaparkan poster dan banner kempen bersempena pilihan raya kecil Dun Bukit Selambau di laman web dan blog sebagai tanda sokongan terhadap calon Pakatan Rakyat, S. Manikumar.

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM





Maaf kerana terlalu lama

2 02 2009

Hampir 3 bulan blog ini tidak dikemas kini disebabkan banyak faktor – faktor yang tidak dapat dielakkan. Sebelum itu, tahniah diucapkan kepada pengerusi perhubungan keADILan negeri johor yang baru iaitu En. Hj. Annuar Salleh.

Mari kita lihat perkembangan politik tanah air di perak.

SPR mesyuarat esok, Pakatan buat siapan pilihan raya kecil

PEGAWAI khas ADUN Behrang, Firdaus Saharuddin (duduk, kiri) membaca kenyataan dan menjawab soalan para wartawan ketika sidang media ringkas di sebuah hotel dekat Sepang hari ini. Dalam sidang media itu Firdaus berkata ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi menjelaskan beliau masih lagi anggota PKR dan menafikan beliau menghantar surat meletak jawatan kepada Speaker Dewan Undangan Perak, V.Sivakumar. – fotoBERNAMA
SEBAHAGIAN daripada kenyataan bertulis yang diperolehi daripada Pegawai Khas ADUN Behrang, Firdaus Saharuddin selepas beliau selesai membaca kenyataan dan menjawab soalan para wartawan pada sidang media ringkas hari ini. – fotoBERNAMA

[DIKEMAS KINI, 10 MALAM] PETALING JAYA: Kerajaan Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak sudah memulakan persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil membabitkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika kemelut “kesahihan” kekosongannya masih menjadi teka-teki.

Esok, menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf, pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas bagi meneliti perkembangan tersebut – setelah menerima notis kekosongan dan surat, dipercayai mempersoalkan kesahihan notis kekosongan, daripada kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang dan Changkat Jering pagi tadi.

“Saya dimaklumkan Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak bahawa Speaker sudah memaklumkan kekosongan kerusi dan pada masa yang sama, ada menerima surat daripada kedua-dua ADUN.

“Hari ini cuti (bagi Wilayah Persekutuan), jadi kami adakan mesyuarat dalaman esok, sebelah pagi antara 10 dan 11 pagi, dan kami akan teliti kandungan surat itu,” kata beliau ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Beberapa pakar perundangan dan penganalisis pula mempersoalkan kesahihan surat letak jawatan yang tidak bertarikh, yang digunakan oleh Speaker DUN Perak untuk mengumumkan kekosongan yang wujud.

Mereka merujuk kepada kes tahun 1982 dan 1993.

Pagi tadi, bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika dihubungi memberitahu, suruhanjaya itu perlu menghormati notis kekosongan kerusi dengan memanggil pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

Bagaimanapun katanya, soal kesahihan surat seumpama itu dan sama ada kemungkinan kedua-dua ADUN terbabit boleh mengambil tindakan undang-undang atau mencabar merupakan soal yang berbeza.

PKR, PAKATAN BERSEDIADalam pada itu, Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman, Badan Perhubungan PKR negeri telah mengadakan mesyuarat petang tadi dan menganggap kedua-dua ADUN, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) bukan lagi wakil rakyat PKR dan komited dengan keputusan yang dibuat oleh Speaker DUN Perak, V. Sivakumar yang mengumumkan kerusi tersebut kini kosong.

“Mereka bukan lagi ADUN PKR. Speaker Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAS telah pun menyerahkan surat secara rasmi memaklumkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak mengenai kekosongan kerusi tersebut,” katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan memdedahkan perkara-perkara lain yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menerima kunjungan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediamannya di Ipoh dan agenda utama perbincangan adalah pilihan raya kecil bagi dua kerusi yang disandang oleh wakil daripada PKR.

Menurut sumber kerajaan negeri, Anwar dan Nizar mengadakan perbincangan itu selepas jamuan tengah hari.

“Kami percaya selain membincangkan perkembangan semasa, kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil bagi mempertahan kerusi berkenaan,” katanya.

Semalam, Sivakumar dalam satu kenyataan media mengumumkan Jamaluddin dan Mohd. Osman telah mengemukakan surat peletakan jawatan mereka sebagai ADUN pukul 5.45 petang.

Beliau telah pun menyerahkan surat secara rasmi memaklumkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak mengenai kekosongan kerusi bagi dua DUN tersebut pagi tadi.

Bagaimanapun, hari ini kedua-dua wakil rakyat dari PKR yang tidak dapat dikesan sejak 26 Januari lalu menafikan dakwaan tersebut melalui wakil masing-masing bahawa mereka telah meletakkan jawatan sebagai ADUN.

Mereka mendakwa surat yang dimaksudkan oleh Sivakumar adalah surat yang ditandatangani oleh mereka pada 8 Mac lalu selepas pilihan raya umum ke-12.

PENDIRIAN JAMALUDDINJamaluddin ketika dihubungi mStar Online lewat petang tadi memberitahu, beliau menerima keputusan SPR jika mahu mengadakan pilihan raya kecil.

“Kita terima sahaja keputusan SPR jika itu yang dibuat mengikut undang-undang.

“Bagaimanapun saya masih mengadakan perbincangan dengan peguam mengenai tindakan susulan yang mahu diambil,” katanya.

Sambil mengesahkan bahawa masih berada di Pahang untuk mengikuti rawatan tradisional bagi mengubati sakit pinggang, Jamaluddin berkata, beliau tidak pernah menyerahkan surat letak jawatan kepada Speaker.

Ketika ditanya sama ada akan mengambil tindakan perundangan jika SPR memanggil pilihan raya beliau memberitahu: “Saya akan berbincang dengan peguam dulu.”

Jamaluddin memberitahu, surat letak jawatan yang tidak bertarikh itu telah disimpan kepada Setiausaha PKR Perak pada Mac lalu dan kemudian ia diserahkan kepada pemangku pengerusi PKR negeri.

Surat itu antara lain menyebut mengenai keputusan untuk mengosongkan kerusi yang dipegang dan ditandatangani secara berasingan oleh tujuh ADUN PKR.

Jamaluddin juga mengakui bahawa beliau ada mengemukakan salinan surat yang mempertikaikan keputusan Speaker DUN kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri, Ahmad Adil Abdullah pagi ini.

SURAT LETAK JAWATANMengulas lanjut, Osman berkata, beliau tidak tahu-menahu mengenai surat itu kerana beliau baru sahaja mengambil alih jawatan Pengerusi PKR Negeri Disember lalu.

Katanya, beliau tidak dimaklumkan mengenai surat tersebut sebelum ia dihantar kepada Speaker.

“Saya memang tidak tahu mengenainya. Surat itu dihantar terus kepada Speaker,” kata beliau yang turut mendakwa tidak mengetahui penghantar surat terbabit.

Ditanya berhubung kenyataan Jamaluddin dan Mohd. Ismail bahawa mereka masih lagi ADUN, Osman berkata, perkara itu sememangnya menimbulkan dilema.

“Hal itu hanya dapat diselesaikan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Hanya mereka yang boleh memutuskan status kerusi dan ADUN tersebut,” katanya.

Bagaimanapun katanya, Jamaluddin dan Mohd Ismail masih lagi ahli PKR kerana mereka tidak menghantar sebarang surat untuk keluar parti.

Keadaan yang tidak menentu mengenai kedudukan keduadua ADUN ini telah menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai mengenai kedudukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mempunyai 32 kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) yang menyandang 27 kerusi.

Daripada 32 kerusi itu, DAP mempunyai kerusi terbesar sebanyak 18 kerusi, PKR lapan dan PAS enam.

BN menang 28 kerusi tetapi ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim menyertai PKR minggu lepas.

Pada pilihan raya lepas, Jamaluddin menerima 6,771 undi untuk menewaskan calon BN Datuk M. Ramasamy yang mendapat 5,744.

Mohd Osman pula menang dengan majoriti 1,102 undi bagi merampas kerusi DUN Changkat Jering. Beliau memperolehi 9,411 mengalahkan penyandang dari BN yang juga Speaker DUN Perak sebelum itu Datuk Mat Isa Ismail yang memperoleh 8,309 undi.

MEDIA MENANTI MBSetiausaha Politik Menteri Besar Misbahul Munir Masduki sementara itu ketika dihubungi berkata, Mohammad Nizar tidak akan membuat sebarang kenyataan kepada media pada hari ini kerana sibuk dengan persiapan menyambut perayaan Jubli Perak Sultan Perak, Sultan Azlan Shah esok.

Beliau berkata, pada petang ini Menteri Besar akan menghadiri majlis kesyukuran bacaan Yassin dan tahlil di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.

Esok pula akan berlangsung istiadat mempersembah ucapan dan taat setia dan istiadat pengurniaan khas Darjah Dato’ Seri Azlanii (D.S.A.) kepada 25 penerima yang akan diadakan di Istana Iskandariah dan sebelah petangnya, majlis pelancaran setem memperingati Jubli Perak dan pameran setem akan diadakan di Dewan Bandaran, Ipoh.

Menurut Misbahul, media mungkin berpeluang mendapat kenyataan daripada Menteri Besar selepas tamat majlismajlis berkenaan.





Cerita dari bahagian – bahagian

14 11 2008

Dari AMK Ledang.

BAHANA LAMPU ISYARAT ROSAK

Tinjauan Skuad AMK Zon Utara mendapati terdapat beberapa kawasan lampu isyarat yang telah rosak sistemnya, tidak diperbaiki apabila berlakunya kemalangan di situ malahan tidak diselengara dengan betul giliran masanya. Ikuti seterusnya…

Dari AMK Johor.

ANGKATAN MUDA KEADILAN ( AMK ) SEKIJANG

Salam Perjungan dan tahniah buat Saudara Lee Kok Seng no. telefon 012 2709188. Beliau merupakan Ketua Penaja AMK Sekijang.

Harap Maklum

Dari keADILan Batu Pahat.

Sarat dengan isu – isu setempat bagi bahagian batu pahat. Klik di sini

Dari keADILan Ledang.

Isu Nasional juga turut tidak ketinggalan bagi bahagian ledang. Pasti klik disini.





Penubuhan Cawangan di Bahagian Sekijang

11 11 2008

img

” Penubuhan 2 cawangan di bahagian sekijang yang dihadiri oleh Yb Tian Chua dan Yb Lee Boon Chye serta wakil perhubungan negeri iaitu Nah Budin, wakil PAS saudara Firdaus Ketua Pemuda PAS segamat dan juga Sdr. Pang selaku wakil dari DAP.

Penubuhan 2 cawangan ini sekaligus menunjukkan komitmen rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin mantap di samping keutuhan yang dijalinkan antara kepimpinan keADILan, PAS serta DAP.

Tahniah kepada Rakyat Malaysia Anda mampu berganjak dari takuk kepimpinan yang lapuk iaitu Barisan Nasional, dan akan kami laksanakan tanggungjawab sebaik nya.”





JALAN UTAMA RUNTUH

7 11 2008


Kira-kira 2000 penduduk di Kampung Kesang Tasek dekat Sungai Mati di sini mendakwa keselamatan mereka terancam ketika menggunakan jalan utama Kesang Tasek ke Sungai Rambai, Melaka kerana jalan berkenaan telah mendak kira-kira sedalam semeter sejak 4 tahun lalu.

Penduduk juga mendakwa jalan bukan sahaja mendak tetapi turut bergegar kuat terutama apabila dilalui kenderaan berat dan ini menimbulkan masalah kepada setiap pengguna yang melaluinya.

Tinjauan yang dibuat mendapati jalanraya tersebut dibina di pinggir tasek yang cukup besar keluasannya dan terdapat punca mata air di bawahnya yang menjadi punca utama kemendakan tersebut.

Mengulas keadaan ini, Nah Budin Pegawai Tugas-tugas khas Keadilan Johor / aktivis masyarakat mendesak supaya tindakan segera dilakukan pihak bertanggung jawab kerana dibimbangi akan berlaku kejadian kemalangan serius pengguna jalan yang tidak biasa mengunakannya.

“Saya dimaklumkan jalan ini telah runtuh sejak 4 tahun lalu, tetapi masih tidak dibina semula. Memandangkan ianya terrletak di kawasan yang diwakili Menteri Besar Johor maka sewajarnya beliau mengambil tindakan segera dan menunjukkan komitmen ke arah memulihkan keadaan,” ujarnya.

Menurut beliau lagi kegagalan pihak berwajib memberi perhatian pada masalah rakyat akan menjadikan rakyat bosan dan akhirnya mencari jalan keluar mereka sendiri.

Turut merasa bimbang, Rizal Alias 35 tahun seorang pengguna yang kerap melalui jalan ini atas urusan tugas dan pernah hampir terbabas di kawasan mendapan tersebut,

“Walau pun hanya sebelah laluan yang mendap ia cukup bahaya kepada pengguna kerana terdapat lubang besar di tengah-tengah antara jalan yang mendak dengan yang tidak runtuh” katanya.

‘Tidak sewajarnya jalan ini dibina tanpa laluan air di bawahnya sebab kadar kelembapan tanah yang tinggi ditepi tasek menjadi punca segala masalah yang timbul” tambahnya,

Sementara itu seorang pesawah, Maskiman Samot 59, melahirkan rasa kesal kerana pihak kerajaan tidak mengambil tindakan membaik pulih keadaan yang telah berlarutan sekian lama.
“Cukup sukar untuk kami mengangkut hasil pertanian terutama padi apabila tiba musim menuai.Malahan untuk menghantar kanak-kanak ke sekolah dengan menggunakan motosikal kami perlu cukup berhati-hati supaya tidak terjatuh ke dalam lubang di tengah-tengah jalan,” katanya.





Kes Felda Cahaya Baru

1 11 2008

14 : 57 – KeADILan Zon Selatan telah berusaha keras untuk menyelesaikan kes tanah FELDA CAHAYA BARU yang sebelum ini di tipu oleh UMNO & BN. Ketika ini, Mesyuarat Agong Syarikat Peneroka sedang berlangsung, dan dijangkakan ianya akan di ambil alih oleh peneroka dari keADILan. Saudara Subra Paidhatally dan Hj. Halim telah berada di Hotel Selesa Pasir Gudang tempat berlangsungnya mesyuarat agong tersebut.

16 : 47 – Alhamdulilah tepat jam 4.15 petang. Syarikat berkenaan telah dikuasai oleh ahli – ahli keADILan.








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.