Terima Kasih Kepada Ketua Perhubungan Johor

28 10 2008

AMK Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua terutama KP Johor Dr Ahmad Faidhi ( Dr. N ) , AMK & Bahagian Simpang Ranggam yang berhemaspulas menjayakan Hari Terbuka Eidul Fitri AMK Johor pada 26 Oktober 2008 . Segala sumbangan berbentuk kewangan, tenaga dan gerak kerja amat kami terhutang budi.
AMK Johor amat terharu dengan perhatian menyeluruh dari KP Johor pada setiap aktiviti-aktiviti AMK Johor. Walaupun kami telah mendapat ‘Angpow’ bagi tugasan kami di Pilihanraya kecil Permatang Pauh yang lepas. Beliau mengumumkan pemberian ‘Angpow’ sekali lagi.
Demi perhubungan dan kesatuan lebih mantap Perhubungan dan AMK Johor beliau akan lebih memberi perhatian penuh kepada kami.
KP Johor juga bangga melihat kesatuan AMK Johor yang kian mantap dan mengumumkan berita ke-2 iaitu Pejabat AMK Johor serta segala bil air dan elektrik ditanggung peribadi oleh beliau.

Terima kasih

YB Amiruddin Shaari
Ketua AMK Johor

FROM : http://amkjohor.blogspot.com/2008/10/terima-kasih-kepada-ketua-perhubungan.html





KG Plentong: Mangsa ISA dikasari walau berkerjasama beri keterangan

24 10 2008

[Pemecah Berita]

KUALA LUMPUR, 24 Oktober (SK) – KETUA bahagian perkhidmatan hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) cawangan Johor Bharu (JB), Cheng Lee Whee, 26, mendedahkan bahawa beliau telah dikasari, digari tangan ke belakang dan dimaki oleh polis walaupun berkerjasama memberi keterangan dengan baik.

Beliau telah membuat pendedahan penyalahan guna kuasa tersebut semasa Suaram JB menyerahkan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.

Cheng telah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), seksyen 28, kanun keseksaan seksyen 182, pada 17 Oktober lalu semasa memberi kenyataan di Balai Polis Seri Alam.

Beliau disyaki menyebarkankan maklumat palsu berhubung kandungan laporan polis tentang kes pengusiran paksa di Kampung Baru Plentong Tengah yang dipaparkannya di Portal Polis Kontinjen Johor (http://www.polisjohor.gov.my).

Memorandum yang diterima oleh Pesuruhjaya Suhakam, Khalid Ibrahim, turut menuntut Suhakam menubuhkan satu suruhanjaya siasatan untuk kejaidan pengusiran paksa Kampung Plentong.

Cheng turut memberitahu barang-barangnya yang dirampas seperti komputer riba dan thumbdrive masih berada di tangan pihak polis walaupun beliau dibebaskan di bawah ikatan jaminan.

Berita lanjut menyusul





Berita dari Batu Pahat

24 10 2008

Tasik ‘Y’


Bagi orang luar yang belum biasa dengan Bandar Penggaram, Batu Pahat, Tasik ‘Y’ sering menjadi ‘tarikan’. Kononnya, kawasan itu adalah tempat riadah yang paling mendapat ‘perhatian’ daripada pihak berkuasa tempatan.

Sekiranya anda berpeluang pergi ke situ, kami cadangkan supaya anda meluangkan lebih sedikit masa.

Kami mahu supaya anda juga dapat ‘menikmati’ pemandangan dan bau cemar semulajadi di tasik yang tidak terurus dan penuh dengan sampah itu.

Masih tidak percaya? Cuba tatap baik-baik gambar (di atas) yang menunjukkan keadaan terbiar lantai pentas terapung di tasik tersebut.





Khairy, Melayu dan UMNO

23 10 2008

Khairy Oh Khairy!

Aib! Aib! Aib! Itulah yang boleh diperkatakan tentang Khairy Jamaluddin menantu Perdana Menteri apabila Pemuda MCA Perak, rakan sekutu paling rapat dengan UMNO dalam Persidangan Pemuda MCA pusat baru-baru ini supaya pemuda yang bercita-cita tinggi dalam politik negara ini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kelantangannya membangkitkan isu biasiswa JPA.

Khairy terperangkap dalam kerakusannya menunjukkan kuasa sebagai pemimpin pemuda hingga lupa sentiviti bangsa lain. Naib Ketua Pemuda UMNO yang sentiasa celupar dan berlagak besar dengan kuasa yang ada padanya selama ini dilihat oleh Pemuda MCA Perak sebagai musuh negara hingga sanggup menyarankan perkara berkenaan.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara bila rakan yang berbeza bangsa dalam BN bertindak sebegini berani. Pemuda MCA dilihat cukup marah kepada Khairy hingga sanggup menghumbankan Ahli Parlimen Rembau itu ke dalam ISA.

Sebagai pemerhati politik saya melihat Khairy memang cukup pakar dalam menimbulkan kemarahan kemudian menaikkan dirinya untuk mendapatkan kuasa dalam politik. Tetapi kali ini kita juga melihat bagaimana kecundangnya Khairy di tangan pemuda MCA.

Kalaulah usul pemuda MCA itu menjadi kenyataan pasti Khairy akan disoal siasat selama berjam-jam lamanya, diberi makanan tidak berkhasiat dan pelbagai tekanan lagi. Ketika itulah nanti kita akan melihat Khairy menjerit keseluruh dunia tentang ketidakadilan yang dihadapinya.

Kemudian dari isu ISA ini, ketika persidangan Dewan Rakyat berlangsung pada 21 Oktober lalu Khairy yang bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO PADA Mac nanti cuba bersikap lembut dan rasional dengan membangkitkan isu AUKU. Khairy menuntut supaya penuntut universiti berpolitik. Khairy berlawan pendapat dengan Idris Harun Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Syabas Khairy. Pakaian kamu sekarang kelihatan cukup mempersonakan. Tetapi dia mesti sedar bahawa kita cukup curiga dengan kelunakan sikapnya ini.Dia perlu tahu bahawa pelajar universiti telah cukup matang dalam menilai sesuati keadaan. Kita tahu Khairy cuba main selamat dalam politik. Dia mahu pembangkang menilai baik terhadapnya. Jangan-jangan apabila bapa mertuanya tumbang selepas Mac depan, Khairy yang takut lingkup mahu berpaut pada KeAdilan pula.

Politik semua boleh jadi. Bukan mustahil bila bapa mertuanya tumbang dia mengintai pintu keadilan, Kalau dia tersungkur di tangan Mukriz untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO, maka akan berakhirlah zaman keluarga Abdullah Badawi dalam politik negara.

Mustahil pasukan Mukriz sekutu Najib Razak yang dididik Mahathir akan menabalkan Khairy kali ini. Khairy jangan mimpi nak lekat dalam haraki pemuda UMNO lagi. Duduklah kamu di Rembau hingga pilihanraya umum akan datang. Lepas itu kamu akan tergolek lintang pukang tak seorang pun pandang. Nasib kamu tak lebih dari nasib Ezam dalam politik negara. Itulah padahnya orang yang naik meloncat pasti terjun menjunam dalam politik.

Ingatlah sesungguhnya kejahatan dan kebaikan tidak pernah bersatu. Ia berada di satu titik selari yang tidak mungkin bertemu walau pada satu titik sekalipun. Kejahatan tidak pernah menang. Jangan kamu lupa pada tanah yang kamu menampung langkah, pada langit yang mencurah rahmat selama ini.

Malangnya Melayu Johor

Kebangkitan rakyat Johor tidak pernah sejuk dalam mempertahankan politik tanah air. Rakyat terus bangkit menentang ketidakadilan dilakukan pemerintah. Rakyat Johor melihat kedaulatan dan ketuanan mereka telah dihumban ketepi oleh pemimpin UMNO tanpa sedikit pun rasa belas kasihan.

Nilai kemanusiaan dan kasih sayang telah dibakar oleh UMNO sendiri. Ketelusan dan kekeramatan UMNO telah bertukar menjadi kejam, ganas dan penuh kehaiwanan. Beberapa hari lalu kita dihidangkan dengan ratahan kemusnahan kemanusiaan di Plentong Tengah. Rumah-rumah rakyat diruntuhkan tanpa sedikit simpatipun. Orang-orang Plentong Tengah telah dipentong hati, perasaan dan roh kehidupan mereka oleh jentolak, polis dan pasukan FRU.

Ini arahan siapa? Ini kehendak siapa? Itu persoalannya.Kenapa parti pemerintah beraja di mata bersultan di hati dalam soal ini. Bukankah setiap nyawa dan harta benda penduduk di situ anugerah tuhan. Kenapa kamu langsung tidak menghargainya. Buruk sangatkan bentuk muka bumi Johor di peta dunia jika rakyat terus menghuni bumi Plentong itu. Mana janji-janji BN yang berslogankan TRADISI MEMBELA RAKYAT.

Jika orang Johor nak tahu ini semua kerja pemimpin parti pemerintah. Menteri Besar pertanggung jawab penuh dalam soal ini. Pemimpin UMNO telah memijak-mijak orang melayu Plentong yang cukup kuat menyokong UMNO dalam pilihanraya lalu. Nasib orang-orang Plentong Tengah cukup malang, mereka mengharapkan pagar bukan saja pagar makan padi tetapi lalang turut berisi. Harapkan telunjuk bukan saja telunjuk mencucuk mata malahan kelingking mereka turut berkait.

Demokrasi dan patroitisme telah dimuntahkan secara jelas oleh kerajaan negeri. Yang ada hanya penderitaan lara penduduk yang teramat sangat. Tanpa belas kasihan mereka dipukul, ditangkap hanya semata-mata untuk mempertahankan hak sendiri. Pemimpin UMNO negeri ketawa besar dengan tragedi ini. Pemuda UMNO negeri di bawah Razali Ibrahim diam tak berbunyi. Mereka akur pada kekejaman walaupun itu nyata salah.

Jerit tangis anak-anak kecil dan wanita tak berdaya menjadi nyanyian cukup merdu bagi melenakan polis dan FRU ketika itu. Roboh! Roboh! Roboh!. Walau tragis tangan-tangan ghaib pemimpin UMNO negeri terus menghambat rakyat tidak berdosa. Penduduk bagai bola permainan pemerintah. Dikejar bila bergolek ditendang ketika berhenti.

Sedarlah rakyat Johor, jika dulu kita tak kisah nasib malang yang menimpa rakyat Selangor sebelum Pakatan Rakyat memerintah. Jika dulu rumah mereka ditolak jentolak kita menutup mata, kita pekakkan telinga, sekarang keadaan itu telah menimpa kita.Tak seorang pun pemimpin UMNO datang membela.

Hari ini rakyat Johor telah diletak di atas pancang, diregang dan didera. Hati dan perasaan mereka disimbah api kebencian oleh UMNO sendiri. Jika UMNO ditolak selepas ini, usah salahkan rakyat. Kamu telah mengkhianati mereka. Rakyat Johor perlu menilai manusia yang memerintah berdasarkan peri kemanusiaan. Janganlah kita terjebak dalam sangkar setia kepada UMNO ,jika akhirnya sangkar itu akan menghilang lenyapkan kebebasan kita sebagai warga merdeka.

Wajah UMNO yang dikenali dulu telah jadi asing dan perlu disisih. Mungkin hari ini kita tidak menjadi mangsa tetapi percayalah bahawa penduduk Plentong Tengah juga adalah sebahagian daripada kita. Ayuh kita tanamkan kekuatan, kita tiupkan semboyan perjuangan di hati mereka. Rakyat perlu bangkit mempertahankan ketuanan mereka kerana di situ ada maruah manusia.

Kita tidak perlu tunduk pada kekejaman. Jadilah rakyat yang kritis dalam analisis hidup bernegara. Jangan lagi membiarkan rakyat menjadi tidak berkuasa. BN boleh melakukan apa saja. Tetapi ingatlah, mulai sekarang rakyat Johor perlu membangunkan pandangan mental mereka. Sekali terkena dengan tragedi Plentong Tengah, selamanya terasa. Susila dan sopan orang-orang Melayu Plentong Tengah telah dibelakangkan pemimpin UMNO.

Pemimpin UMNO Johor telah menipu rakyat yang dipimpinnya. Rakyat Johor jangan lagi menjadikan diri mereka persinggahan untuk kuasa pemimpin UMNO. Carilah pohon rendang yang ada dahan kukuh tempat bergantung bukan pada UMNO yang semakin rapuh.





DEMONSTRASI

22 10 2008

“DEMONSTRASI BANTAHAN BERKENAAN ISU PEROBOHAN RUMAH PENDUDUK DI KG. BARU PLENTONG TENGAH AKAN DI ADAKAN DI BUKIT TIMBALAN PADA 24 OKTOBER 2008 JAM 2.00 PETANG ( SELEPAS SOLAT JUMAAT ) HADIR DAN BERI SOKONGAN ANDA UNTUK MEMBELA NASIB PENDUDUK DI KAMPUNG TERSEBUT. HUBUNGI : 019.771.4055!”





Keadilan Buat Warga Kampung Baru Plentong Tengah!

20 10 2008
Saya kesal dengan tindakan biadap pihak berkuasa merempuh dan meroboh kediaman penduduk Kampung Baru Plentong Tengah baru-baru ini. Apa yang dikesalkan ialah keangkuhan pihak pemaju dan penguasa mengasari warga emas, wanita dan anak-anak kecil.
Tindakan rusuh yang dicetuskan oleh pihak berkuasa dan pemaju meski pun mengetahui bahawa keputusan permohonan penduduk berhubung penangguhan pelaksanaan pemusnahan kampung terbabit di Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah ditangguhkan ke tarikh 29 Oktober 2008 cukup mengecewakan.
Saya menuntut agar jaminan keadilan diberikan kepada semua penduduk Kampung Baru Plentong Tengah yang terjejas.

ANWAR IBRAHIM





TERKINI MENGENAI AKTIVIS YANG DI TAHAN DIBAWAH

18 10 2008

“Cik Cheng Lee Whee, 28 thn ( SUARAM JB SEKTERIAT ) sedang di tahan di bawah akta ISA seksyen 28 atas penyebaran maklumat tentang Kg Baru Plentong Tengah. Telah di hadapkan depan majistret di balai polis central JB. Atas rayuan peguam, majistret beliau akan dilepaskan pada hari ini. Namun sehingga kini masih lagi di balai polis johor jaya & akan dilepaskan pada bila2 masa.”





RM 100 JUTA & KG.PLENTONG TENGAH (KPT)

17 10 2008

RM 100 JUTA & KG.PLENTONG TENGAH (KPT)

Pengakuan oleh :-

Mathew Thomas Philip
Tel : 03 6201 5678
H/P : 017 888 7772
e-mail : mtp@thomasphilip.com.my
Alamat : 5-1, Jalan 22A/70A, Wisma CKL, Desa Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur

1. 291 orang (KPT) telah dikemukakan Saman sebanyak RM100 Juta atau RM 343,642.10 setiap orang bagi mengantikan kerugian “Bukit Lenang” ( Pemaju )
2. Beliau menyatakan lagi, tahun hadan mereka semua akan Bankrupsi.
3. Dengan senyum di mengatakn perobohan adalah gimik.
4. Belaiu mengakui jika dibuat perumah untung bersih selepas cukai dan lain tidak melebihi RM 8 Juta.
5. Walaupun 29hb Oktober 2008 rumah dirobohkan, Pemaju tetap meneruskan saman RM100 Juta.
6. Beliau menyatakan Bukit Lenang tiada duit untuk membayar kos Guaman dan Mahkamah. Bukit lenang mesti ambil duit orang Kampung.
7. Beliau dengan bangga menyatakan dengan bangga ” Tunggu mereka akan rasa bagaimana jadi muflis nanti… “ dalam bahasa mat saleh





CATITAN AKTIVIS DI KG BR PLENTONG TENGAH

17 10 2008

Apa sudah jadi…. ketuanan melayu menjadi saksi.

Aku adalah salah seorang aktivis yang berada dicelah-celah ratusan penduduk kampung yang dihina oleh pihak berkuasa sewaktu mempertahankan
kampung halaman mereka semalam. Biarpun sejarah kehadiran aku untuk sampai ke perkarangan Kg Baru Plentong Tengah amat memeritkan, namun semangat setiakawan dan perikemanusiaaan akhirnya dapat juga aku bersama penduduk kg berhimpun secara aman damai pagi semalam. Kalau korang nak tau, aku, Man dan Nazree terpaksa menyeludup masuk ke kg baru plentong tengah dengan berjalan kaki dicelah-celah belukar awal pagi setelah dihalau oleh pasukan polis yang membuat sekatan jalan raya dipintu masuk kg semanjak 13 Okt lg. Aku sendiri tak famah kenapa “Orang Luar” tidak dibenarkan masuk ke kaw kg baru plentong tengah waktu itu. Kononnya kg trsebut sedang dalam perhatian dan BAHAYA waktu ini. Apa boleh buat, orang dah halau… kena juagak la aku berpatah balik. Tapi Polis ingat dia bijak… padahal aku, Man dan Nazree lagi bijak. kah! kah! kah!

Rumusan awak aku sepanjang perhimpunan aman pagi semalam terlalu mudah. Amat menjijikkan sikap rakus pasukan polis dan FRU yang langsung tidak berhati perut apabila tergamak merempoh benteng manusia dengan menggunakan kekerasan tanpa menghiraukan rayuan penduduk kampung. Tangisan si ibu tua dan anak-anak langsung tidak dihiraukan oleh pasukan penceroboh ini. Kemeriahan Berhari Raya dikampung halaman bagaikan mimpi ngeri bagi mereka khususnya anak-anak kecil yang belum faham tentang perjuangan dan erti hidup.

Aku rasa bersalah kerana gagal menyelamatkan Imam masjid yang dipukul oleh FRU hingga rebah menyembah bumi sewaktu rempuhan berlaku. Bayangkan, anak-anak kecil yang seronok memegang kain rentang di bahagian hadapan benteng sambil melaungkan slogan “Selamatkan kampung kami”
ibarat lalang yang tidak bernyawa bagi pasukan FRU berhati binatang itu. Kononnya tempoh masa 10 minit akan diberikan untuk aku dan penduduk beredar sebelum sebarang tindakan diambil, namun yang nyata jam & bom jangka yang mereka pikul sepanjang hari bagaikan tidak sabar untuk memusnahkan manusia kerdil didepan mata. Aduh! belum pun habis tempoh masa yang diberi, lebih kurang 2 minit berlalu, aku dan pejuang-pejuang kampung dirempoh dengan ganas, rakus dan dilayan bagaikan “Binatang” tanpa ada sedikit pun perasaan belas kasihan. Ada yang ditarik, disepak terajang, dipukul, ditampar dan yang paling menyedihkan ada yang dipijak rakus tanpa belas kasihan. Berdasarkan beberapa photo yang sempat aku ambil sepanjang berhimpun di situ sejak awal pagi, korang pasti dapat bayangkan siapakah golongan terawal yang menjadi mangsa keganasan puaka-puaka darat  ini. Tak puas dengan kekerasan, ratusan penduduk kg yang berhimpun secara damai ini di momok-momokkan dengan “Anjing Bengis” yang memang dibawa khas oleh pasukan Polis yang bertugas. Ini satu lagi bukti “Penyalah gunaan kuasa” oleh pihak Polis. Apa perlunya mengupah Anjing Pengesan untuk menghalang kebangkitan penduduk kampung? Aku belum pernah dengar dalam dunia ni, Anjing Pengesan digunakan untuk melumpuhkan kebangkitan rakyat yang berhimpun secara aman. Apa kejadahnya mereka menggunakan Anjing pengesan tanpa memikirkan
sensetiviti umat islam yang sedia tahu betapa NAJISnya binatang ini. Malang sungguh Polis kita hari ini…. kerja siang dan malam tapi hasilnya amat menjijikkan.

Namun ada jugak “Lawak tak berpenghujung” yang pasukan cuba ditonjolkan pihak polis dalam menangani isu kebangkitan penduduk kampung pagi itu.
Dah la bawa Anjing Pengesan untuk menghalau aku dan penduduk kampung….. dibawaknya pulak pasukan UPB kat dalam kampung. Apa punya turrrrrr…… la depa nie. Memangla dari mata kasarnya Anjing Pengesan boleh digunakan untuk mengesan Bom-bom lama yang mungkin tertanam kat kawasan kampung tu, tapi persoalannya kenapa sekarang baru nak kesan? baik la korang bawak Anjing-anjing tu pegi kesan duit Komesyen yang pihak pemaju taburkan kpd dalang-dalang disebalik projek bangsat nie. Lepas tu bawak sekali UPB untuk tindakan susulan. Baru betul “Adil dan Saksama”

Mana perginya integriti dan kredebeliti pasukan Polis yang dianggap “MESRA” selama ini. Kenapa aku dan penduduk Kg Baru Plentong Tengah yang hanya berhimpun secara aman untuk mempertahankan rumah, harta benda dan tanah yang hanya “sekangkang kera” dihina, dicabul dan diperlakukan sedemikian rupa? Air mata ibu-ibu tua dan tangisan teresak-esak anak kecil gagal menghalang “Kebodohan dan Kejahilan” orang suruhan kerajaan UMNO/BN waktu itu. Beberapa “Aktivis Kemanusiaan” yang melaungkan slogan “Damai” pon jadi mangsa keganasan puaka-puaka nie.

Sekarang terpulanglah kepada masyarakat dunia untuk menilai setiap inci peristiwa yang berlaku di kg baru Plentong tengah nie. Kalau korang nak tau
aku pernah difahamkan oleh beberapa penduduk tempatan bahawa KAMPUNG BARU PLENTONG TENGAH ini adalah kampung yang menjadi kubu kuat UMNO yang paling TOTOK didunia untuk memenangkan Khalid Noordin dlm PRU lepas, hasilnya sebagai tanda terima kasih, inilah hadiah istimewa pemimpin dan wakil rakyat BN sempena Hari Raya Aidilfitri kepada penduduk kampung. Banyak lagi peristiwa suka duka berlaku sepanjang aku berkampung disana, tapi biarlah ia menjadi sejarah paling berharga buat aku, teman-teman reformasi, aktivis-aktivis dan khususnya penduduk kg Baru Plentong Tengah.

Apa pun aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang turut sama memberi sokongan kepada Warga Penduduk kg Baru Plentong Tengah dalam memperjuangkan hak-hak mereka. Dan buat penduduk kg baru plentong Tengah, terima kasih atas layanan istimewa selama aku dan kawan-kawan aktivis berkampung di sana. Walaupun aku dilayan bagaikan Wakil Rakyat, namun aku yakin perjuangannya dan matlamatnya tetap sama.

Salam Reformasi Buat Semua…….. zul

Gambar – gambar yang sempat di ambil oleh penulis





25 arrested for defending housing right

16 10 2008

I originally posted the appeal I received from SUARAM:

Urgent appeal: 16th October 2008

Release 25 arrested for defending housing right in Kg. Baru Plentong Tengah (KBPT)!

25 including villagers and human rights activist were arrested by the police this morning around 10.30am when they tried to save homes of the poor in Kampung Baru Plentong Tengah from being demolished by developers Bukit Lenang Development Sdn. Bhd. They have been sent to the Johor Jaya Police Station respectively.

The 25 arrested are:

1. Mohd Yusof Bin Harun

2. Mohd Daud Mohd Isa

3. Abu Baicar Bin Metan

4. Mohd Rizail Bin Jasni

5. Mohd Salleh Bin Hamid

6. Kammurul Zaman Bin Ismail

7. Mohd Faizal Bin Ridzuan

8. Mohd Zuhaidi Bin Bidi

9. Mohd Zulkurnain Mohd Nor

10. Mohd Aliff Bin Hussin

11. Kassim Mahamed

12. Norizan Mohd Aziz

13. Rohanoden Soyono

14. Mariah Abu

15. Khairudin Mohd Nor

16. Hasnor Hadi Hasan

17. Abdul Karim Bin Abdul Hamid

18. Mohamed Zahamanshan Bin Mohamed Zahir

19. Taslib Nani

20. Ardan Syah

21. Mohajmad Suied

22. Said Othman

23. Nyam Kee Han

24. Choo Shinn Chei

25. See Siew Min

SUARAM condemns the unnecessary arrest by the police. The developers and the police should not take sides because their duty is not to serve the developer in a house demolition. This is clearly an abuse of power.

We call on the police to release them immediately.

Background

Kampung Baru Plentong Tengah is located in Plentong, Johor. More than 300 families who stayed in the village for more than 20 years are facing threat of forced eviction because of development. They were given eviction notice even before their alternative houses were completed.

The villagers will follow the court order and are ready to move out from KBPT with the condition that they all will be resettled to alternative houses on Bukit Dagang. This is the minimun requirement so that they will not lose their house of living.

The villagers do not object to the resettlement but the issue of alternative houses is not solved. The villagers are ready but have never been given a chance to discuss with the developer and State Government to settle the issue.

UPDATE:

I received another email from SUARAM Johor. Looks like they are going to file a police report that reads as follows:

Pada 16/10/2008 jam lebih kurang 1000 pagi di Kampung Baru Plentong Tengah yang terletak di Plentong, Johor diduduki oleh lebih daripada 300 keluarga lebih daripada 20 tahun, telah mengalami pengusiran paksa oleh pemaju, BUKIT LENANG DEVELOPMENT SDN BHD. Penduduk kampung KBPT telah diusir keluar oleh pemaju sebelum rumah alternatif mereka di Bukit Dagang siap dibina.

Penduduk telah memohon injunksi (injunction) di mahkamah dalam bulan Ogos dan perintah Mahkamah telah menangguhkan kes ini ke 29hb Oct 2008, maka pemaju tidak patut melakukan pengusiran paksa pada hari sebelum 29hb Oct 2008.

Tetapi,pihak polis dari balai polis Johor Jaya telah menyalahgunakan kuasa mereka dengan menggunakan kereta FRU dan water canon dan menjalankan pengusiran paksa terhadap penduduk kampung ini pada hari ini pukul 10.30 pagi. Kira-kira 30 orang penduduk Kampung Baru Plentong Tengah dan beberapa kawan telah ditangkap secara haram dan ganas oleh polis di Balai Polis Johor Jaya (tel:07-3534861). Tugas polis sepatutnya ialah menjaga keselamatan orang ramai dan bukan berpakat dan berkhidmat kepada pemaju. Ini adalah suatu penyalahgunaan kuasa dan membazirkan wang pembayar cukai!

Kami meminta polis di Taman Johor Jaya melepaskan mereka dengan kadar segera. Kira-kira 20 buah rumah telah dirobohkan pada hari ini secara paksa.

FROM : http://malaysianpolitics.wordpress.com/2008/10/16/25-arrested-for-defending-housing-right/