Peralihan kuasa 16 September � PAS Johor adakan Munajat Perdana

11 09 2008

BATU PAHAT, 11 Sept (Hrkh) � PAS Johor akan mengadakan munajat perdana khusus bagi memohon pertolongan Allah swt agar usaha untuk merealisasikan peralihan kuasa pada 16 September ini berjalan dengan lancar dan aman.

“Munajat perdana yang akan diadakan ini merupakan inisiatif PAS Johor dalam usaha untuk memastikan proses peralihan kuasa ini berlaku dalam suasana aman serta tidak menimbulkan sebarang kejadian yang tidak diingini,” kata Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman, di sini, kelmarin.

Menurutnya, solat hajat perdana yang akan diadakan di Dataran Dewan Pemuda PAS Johor, Taman Renggam Jaya Simpang Renggam, 12 September ini akan bermula dengan majlis berbuka puasa, diikuti dengan solat hajat dan disusuli dengan ceramah oleh Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub serta Pesuruhjaya PAS Johor, Dato’ Dr Mahfodz Mohamad.

Mazlan yang juga AJK PAS Pusat, menyeru seluruh umat Islam di Johor turut serta dalam majlis yang sangat penting ini.

“Kita semua tentunya mengharapkan segala-galanya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan yang boleh membantutkan proses peralihan kuasa ini, kita mahu proses ini berlangsung secara aman serta tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.

“Bagi kita tiada tempat lain lagi untuk memohon pertolongan selain Allah swt, hanya kepada Allah swt sahaja tempat kita bermunajat dan memohon pertolongan supaya matlamat untuk mengambil-alih kuasa yang sekaligus menyelamatkan negara ini tercapai,” katanya.

Sehubungan dengan itu beliau amat mengharapkan seluruh umat Islam di negeri ini turut serta dalam solat hajat perdana ini.

“Selain itu PAS Johor juga mengharapkan komitmen seluruh pimpinan dan ahli PAS di negeri ini untuk sama-sama menjayakan program ini, katanya. – mr _


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: