Sambutan Hari Malaysia Peringkat Bahagian Ledang (16 September 2008)

16 09 2008

Parti Keadilan Rakyat Bahagian Ledang hari ini melancarkan program mengibarkan bendera Malaysia di seluruh kawasan parlimen Ledang sempena sambutan hari penubuhan Malaysia.

Program yang disertai seluruh kepimpinan peringkat bahagian ini mendapat sambutan dari pengundi pelbagai kaum dalam parlimen yang ditandingi Parti Keadilan Rakyat dalam pilihanraya umum yang ke-12 lalu.

Gerakan menyerahkan dan memasang bendera dimulakan dari bangunan pejabat parti dan premis-premis sekitar sebelum bergerak ke pekan Tangkak dan berakhir di kawasan tol Tangkak bermula pada jam 9 pagi dan berakhir di sekitar jam 1.00 tengahari.

Walaupun menjalankan ibadah puasa dan dalam cuaca panas terik, ia tidak melemahkan semangat jentera petugas untuk melaksanakan tanggung jawab hingga ke akhir program.

“Respon pelbagai kaum sangat menggalakkan hingga ada di antara rakyat yang meminta kami memasangkan bendera di kenderaan mereka”, ujar Rizal Alias, Ketua keADILan Ledang.

Suasana lebih menarik dilihat ialah ketika jentera parti berada di tol Tangkak, apabila kebanyakan kenderaan berat dan kenderaan peribadai berhenti ke bahu jalan untuk dipasang bendera dengan mereka menyebut nama YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan 916.

Sementara itu Nah Budin, Pegawai Tugas-tugas Khas keADILan Johor yang juga Ketua Penerangan Bahagian yang turut terlibat melahirkan rasa bangga dengan kesedaran rakyat negara ini yang peka dengan kempen hari Malaysia yang dilancarkan parti.

Rakyat berhak menghayati hari penubuhan negara ini dan program seperti ini perlu diteruskan sebagai kempen tahunan kerana ia memberi gambaran yang cukup baik terhadap perpaduan rakyat berbilang kaum.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: