Abdullah serah kuasa, Najib kini Menteri Kewangan

17 09 2008

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Hrkh) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melepaskan jawatan Menteri Kewangan dan menyerahkannya kepada Timbalannya, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Bernama melaporkan,Abdullah mengumumkan yang beliau mengambil alih jawatan menteri pertahanan dari Najib.

Abdullah memberitahu sidang akhbar tengah hari ini bahawa pertukaran portfolio tersebut berkuatkuasa serta merta.

Perdana menteri yang memegang jawatan tersebut sejak 2004 berkata, beliau telah memaklumkan kepada kabinet mengenai keputusannya.

Kedua-dua juga mengesahkan komitmen mereka untuk berpegang kepada pelan peralihan kuasa pada 2010.

Bagaimanapun, kata Abdullah, beliau mungkin bersara lebih awal daripada tahun 2010 bergantung kepada prestasi Najib. – mks._


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: