TERKINI : SAPP umum keluar BN tetapi tidak sertai Pakatan Rakyat

17 09 2008

KOTA KINABALU 17 Sept. – Parti Maju Sabah (SAPP) membuat keputusan keluar daripada Barisan Nasional (BN) melalui mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu di sini hari ini.

Parti tersebut bagaimanapun tidak akan menyertai pakatan pembangkang dan bertindak sebagai sebuah parti bebas.

Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan berkata, meskipun beliau tidak bersetuju dengan keputusan itu, MT parti telah mencapai suara majoriti.

“Saya sendiri tidak tahu kedudukan saya dalam kerajaan negeri berikutan keputusan itu,” katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri.

Beliau bertindak keluar awal daripada mesyuarat tersebut kerana kecewa dengan keputusan parti.

SAPP mempunyai dua ahli Parlimen dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam kerajaan.

Selain Tan, seorang ADUN dilantik sebagai pembantu menteri, seorang lagi MT SAPP turut dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN. – Utusan.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: