Mahkamah Tinggi dengar semakan selepas keputusan bantahan peguam

8 10 2008
Harakahdaily
Wed | Oct 08, 08 | 3:23:33 pm MYT
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Hrkh) – Mahkamah Tinggi di sini hari ini akan mendengar permohonan pendakwaan untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak bantahan awalnya berhubung kesahihan sijil pemindahan, selepas Mahkamah itu (Sesyen) membuat keputusan berhubung bantahan peguam itu.

Bernama melaporkan Penolong Kanan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Jenayah Haslina Basarudin berkata Hakim Mahkamah Sesyen S.M.Komathy Suppiah haruslah diberi peluang untuk mendengar seterusnya membuat keputusan berhubung merit bantahan oleh pihak pembelaan sebelum semakan dibuat oleh pendakwaan.

Haslina dalam surat yang ditandatanganinya itu juga berkata, oleh itu, merit bantahan oleh pembelaan dalam kes liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim harus diteruskan di Mahkamah Sesyen.

Surat yang bertarikh 7 Okt 2008 itu telah difakskan kepada Ketua Unit Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang turut menyatakan bahawa perkara itu telah dimaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Semalam, pihak pendakwaan telah mengemukakan surat kepada Hakim Mahkamah Tinggi memaklumkan perkara itu, bagaimanapun, Mohamed Yusof berkata mahkamah belum menetapkan tarikh untuk mendengar permohonan semakan itu.

Semalam, Komathy juga turut memutuskan bahawa beliau mempunyai budi bicara untuk mendengar hujahan berhubung bantahan pembelaan yang mempersoalkan kesahihan sijil yang dikemukakan oleh pendakwaan untuk memindahkan kes liwat terhadap Anwar ke Mahkamah Tinggi.

Komathy menolak bantahan awal pendakwaan yang berhujah bahawa mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar bantahan pembelaan berhubung kesahihan sijil pemindahan.

Pendakwaan telah berhujah bahawa mengikut Seksyen 418A(3) Kanun Prosedur Jenayah, adalah mandatori bagi Mahkamah Sesyen untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi sebaik sahaja sijil pindah dikeluarkan oleh pendakwaan.

Pembelaan telah membantah permohonan pendakwaan yang mahu kes Anwar itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dengan menyatakan sijil pemindahan itu tidak sah kerana ia ditandatangani Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang sedang disiasat oleh Badan Pencengah Rasuah berikutan satu laporan polis yang dibuat oleh Anwar.

Laporan polis itu ialah berhubung dakwaan memalsukan keterangan dalam kejadian “mata hitam” Anwar pada 1998.

Anwar, 60, didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lepas. – mks._


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: