KRONOLOGI KG. BARU PLENTONG TENGAH

9 10 2008

1984 – 1986 – KAMI telah meneroka dan menduduki tanah lot tersebut dalam keadaan hutan rimba dan telah mendapat sokongan kuat daripada pelbagai pihak terutamanya Wakil Rakyat mereka ketika itu lalu KAMI memohon serta mengisi borang permohonan tanah dengan bayaran RM 10.00 di pejabat Tanah Daerah Johor Bahru dan kemudian tanah tersebut telah diberi nama KG BARU PLENTONG TENGAH. (KBPT).

1987 – PTG telah dikurniakan KBPT kepada Mosbert Berhad (MB). KBPT telah bertukar pemilik sebanyak 2 kali dalam masa dan waktu yang sama. Mosbert Berhad (MB) —> Jet Ace Const (JAC) —> Oakfield Ent.

1989 – 1993 – Atas niat untuk memiliki KBPT secara sah dan di atas sokongan serta galakan Wakil Rakyat dan pelbagai pihak, persetujuan telah dibuat dengan OE tersebut setelah tawaran menjual tanah lot kepada KAMI dengan kadar nilai RM 5.00 bagi setiap kaki persegi dan sejumlah RM 417, 307.93 telah dikumpulkan sebagai bayaran 10 % daripada harga jualan telah di songlap oleh peguam yang dilantik.

1994-1995 – KAMI sekali lagi ditawarkan utk membeli KBPT secara individu dengan bayaran wang pendahuluan sebanyak RM 3K iaitu 10 % dari jumlah keseluruhan. Seramai 236 orang telah membuat bayaran berjumlah RM 820,000.00 kepada firma guaman milik OE.

1996 – OE telah menjual KBPT kepada Bukit Lenang Devp. ( BLD ).

1999 – PENEMPATAN SEMULA – Dari lebih 345 penduduk, hanya 179 yang ditawarkan dan hanya 123 yang terima kurnia.

2000 – RUMAH IBU – BLD menawarkan utk membina rumah ibu di penempatan semula, tapi TIPU.

2006 – TAWARAN MUHIBAH #1 – Melalui YB Datuk Seri Khaled (DSK), BLD menawarkan pampasan RM 10K + RM 2K, KAMI ajak runding BLD buat derk.

2007 – RUMAH MESRA RAKYAT – seramai 134 penduduk yang dikurniakan penempatan semula menghadiri temuduga syarikat Perumah Negara Berhad, tapi takde respond.

2007 – TAWARAN MUHIBAH #2 – BDL tawarkan RM 2K dan bina jalan di penempatan semula, KAMI ajak runding, BDL buat derk jugak. Lastly tak jadi bina jalan & tukar nak ratakan tapak plak, tapi tipu gak.

2007 – RUMAH KOS RENDAH – 67 Generasi ke2 KAMI memohon rumah kos rendah melalui TN HJ BAHA ( Pegawai Khas DSK ) tapi di pendam sehingga OGOS 2008.

15 OGOS 2008 – KALAH DI MAHKAMAH – Hampir 3K penduduk KBPT hendak dihalau dari Kampung Halaman Kami.

15 OKTOBER 2008 – DIMINTA HADIR KE PLENTONG, BERDEKATAN DENGAN LAMAN TASEK PANDAN, TAMAN MOLEK, JOHOR BAHRU, JOHOR. Untuk menghentikan pencerobohan ini.

DISEDIAKAN OLEH :
JENTERA KOMUNITI BELIA
JAWATANKUASA BERTINDAK (JKB) KBPT.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: