CATITAN AKTIVIS DI KG BR PLENTONG TENGAH

17 10 2008

Apa sudah jadi…. ketuanan melayu menjadi saksi.

Aku adalah salah seorang aktivis yang berada dicelah-celah ratusan penduduk kampung yang dihina oleh pihak berkuasa sewaktu mempertahankan
kampung halaman mereka semalam. Biarpun sejarah kehadiran aku untuk sampai ke perkarangan Kg Baru Plentong Tengah amat memeritkan, namun semangat setiakawan dan perikemanusiaaan akhirnya dapat juga aku bersama penduduk kg berhimpun secara aman damai pagi semalam. Kalau korang nak tau, aku, Man dan Nazree terpaksa menyeludup masuk ke kg baru plentong tengah dengan berjalan kaki dicelah-celah belukar awal pagi setelah dihalau oleh pasukan polis yang membuat sekatan jalan raya dipintu masuk kg semanjak 13 Okt lg. Aku sendiri tak famah kenapa “Orang Luar” tidak dibenarkan masuk ke kaw kg baru plentong tengah waktu itu. Kononnya kg trsebut sedang dalam perhatian dan BAHAYA waktu ini. Apa boleh buat, orang dah halau… kena juagak la aku berpatah balik. Tapi Polis ingat dia bijak… padahal aku, Man dan Nazree lagi bijak. kah! kah! kah!

Rumusan awak aku sepanjang perhimpunan aman pagi semalam terlalu mudah. Amat menjijikkan sikap rakus pasukan polis dan FRU yang langsung tidak berhati perut apabila tergamak merempoh benteng manusia dengan menggunakan kekerasan tanpa menghiraukan rayuan penduduk kampung. Tangisan si ibu tua dan anak-anak langsung tidak dihiraukan oleh pasukan penceroboh ini. Kemeriahan Berhari Raya dikampung halaman bagaikan mimpi ngeri bagi mereka khususnya anak-anak kecil yang belum faham tentang perjuangan dan erti hidup.

Aku rasa bersalah kerana gagal menyelamatkan Imam masjid yang dipukul oleh FRU hingga rebah menyembah bumi sewaktu rempuhan berlaku. Bayangkan, anak-anak kecil yang seronok memegang kain rentang di bahagian hadapan benteng sambil melaungkan slogan “Selamatkan kampung kami”
ibarat lalang yang tidak bernyawa bagi pasukan FRU berhati binatang itu. Kononnya tempoh masa 10 minit akan diberikan untuk aku dan penduduk beredar sebelum sebarang tindakan diambil, namun yang nyata jam & bom jangka yang mereka pikul sepanjang hari bagaikan tidak sabar untuk memusnahkan manusia kerdil didepan mata. Aduh! belum pun habis tempoh masa yang diberi, lebih kurang 2 minit berlalu, aku dan pejuang-pejuang kampung dirempoh dengan ganas, rakus dan dilayan bagaikan “Binatang” tanpa ada sedikit pun perasaan belas kasihan. Ada yang ditarik, disepak terajang, dipukul, ditampar dan yang paling menyedihkan ada yang dipijak rakus tanpa belas kasihan. Berdasarkan beberapa photo yang sempat aku ambil sepanjang berhimpun di situ sejak awal pagi, korang pasti dapat bayangkan siapakah golongan terawal yang menjadi mangsa keganasan puaka-puaka darat  ini. Tak puas dengan kekerasan, ratusan penduduk kg yang berhimpun secara damai ini di momok-momokkan dengan “Anjing Bengis” yang memang dibawa khas oleh pasukan Polis yang bertugas. Ini satu lagi bukti “Penyalah gunaan kuasa” oleh pihak Polis. Apa perlunya mengupah Anjing Pengesan untuk menghalang kebangkitan penduduk kampung? Aku belum pernah dengar dalam dunia ni, Anjing Pengesan digunakan untuk melumpuhkan kebangkitan rakyat yang berhimpun secara aman. Apa kejadahnya mereka menggunakan Anjing pengesan tanpa memikirkan
sensetiviti umat islam yang sedia tahu betapa NAJISnya binatang ini. Malang sungguh Polis kita hari ini…. kerja siang dan malam tapi hasilnya amat menjijikkan.

Namun ada jugak “Lawak tak berpenghujung” yang pasukan cuba ditonjolkan pihak polis dalam menangani isu kebangkitan penduduk kampung pagi itu.
Dah la bawa Anjing Pengesan untuk menghalau aku dan penduduk kampung….. dibawaknya pulak pasukan UPB kat dalam kampung. Apa punya turrrrrr…… la depa nie. Memangla dari mata kasarnya Anjing Pengesan boleh digunakan untuk mengesan Bom-bom lama yang mungkin tertanam kat kawasan kampung tu, tapi persoalannya kenapa sekarang baru nak kesan? baik la korang bawak Anjing-anjing tu pegi kesan duit Komesyen yang pihak pemaju taburkan kpd dalang-dalang disebalik projek bangsat nie. Lepas tu bawak sekali UPB untuk tindakan susulan. Baru betul “Adil dan Saksama”

Mana perginya integriti dan kredebeliti pasukan Polis yang dianggap “MESRA” selama ini. Kenapa aku dan penduduk Kg Baru Plentong Tengah yang hanya berhimpun secara aman untuk mempertahankan rumah, harta benda dan tanah yang hanya “sekangkang kera” dihina, dicabul dan diperlakukan sedemikian rupa? Air mata ibu-ibu tua dan tangisan teresak-esak anak kecil gagal menghalang “Kebodohan dan Kejahilan” orang suruhan kerajaan UMNO/BN waktu itu. Beberapa “Aktivis Kemanusiaan” yang melaungkan slogan “Damai” pon jadi mangsa keganasan puaka-puaka nie.

Sekarang terpulanglah kepada masyarakat dunia untuk menilai setiap inci peristiwa yang berlaku di kg baru Plentong tengah nie. Kalau korang nak tau
aku pernah difahamkan oleh beberapa penduduk tempatan bahawa KAMPUNG BARU PLENTONG TENGAH ini adalah kampung yang menjadi kubu kuat UMNO yang paling TOTOK didunia untuk memenangkan Khalid Noordin dlm PRU lepas, hasilnya sebagai tanda terima kasih, inilah hadiah istimewa pemimpin dan wakil rakyat BN sempena Hari Raya Aidilfitri kepada penduduk kampung. Banyak lagi peristiwa suka duka berlaku sepanjang aku berkampung disana, tapi biarlah ia menjadi sejarah paling berharga buat aku, teman-teman reformasi, aktivis-aktivis dan khususnya penduduk kg Baru Plentong Tengah.

Apa pun aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang turut sama memberi sokongan kepada Warga Penduduk kg Baru Plentong Tengah dalam memperjuangkan hak-hak mereka. Dan buat penduduk kg baru plentong Tengah, terima kasih atas layanan istimewa selama aku dan kawan-kawan aktivis berkampung di sana. Walaupun aku dilayan bagaikan Wakil Rakyat, namun aku yakin perjuangannya dan matlamatnya tetap sama.

Salam Reformasi Buat Semua…….. zul

Gambar – gambar yang sempat di ambil oleh penulis


Actions

Information

One response

25 10 2008
sabahdaily » Gambar-gambar sekitar Kg Plentong Tengah di robohkan

[…] –johorpkr.wordpress.com Maklumat ini telah diterbitkan pada Saturday, October 25th, 2008 dalam kategori artikel umum, johor. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda. « Selangor haramkan Jom Heboh KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH BERHUBUNG ISU PENGGUNAAN TULISAN JAWI » […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: